SATU DIMENSI ANAK SENI - SERI MEDAN BATU PAHAT JOHOR. Blog yang memaparkan seni foto dan juga menyediakan perkhidmatan mengambil gambar untuk majlis perkahwinan, pertunangan, cukur jambul dan lain-lain lagi yang bermakna untuk setiap insan di muka bumi ini. Kami juga menyediakan perkhidmatan "Pereka Grafik" untuk pelbagai antaranya "Bisnes Kad", Flayer, Banner, Bunting dan sebagainya.
Ahad, 26 Disember 2010
CONTOH ALBUM PENGANTIN
Di atas ini telah saya sediakan beberapa contoh album yang telah saya hasilkan untuk tatapan para pelanggan semua. Diharap dengan beberapa contoh album ini dapatlah setiap pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat saya dalam merakamkan detik-detik manis dapat gambaran bentuk album yang akan saya berikan.
Selasa, 21 Disember 2010
Raja Sehari DZulkhairy dan Nurul Fatiha
Bertempat di Dewan Kelab Kilat Perumahan TNB, Jln Kapar Klang pada 04 Dis 2010 saya sekali lagi diberi peluang untuk merakamkan detik-detik manis kepada 2 pasangan mempelai iaitu Nurul Fatiha dan Dzulkhairy. Terima kasih kepada pasangan pengantin dan juga keluarga kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk merakamkan detik-detik manis ini.
Sabtu, 11 Disember 2010
MAJLIS PERKAHWINAN PADA 28 NOV 2010 - NOORUL DAN SAIFUL
Pertama kali saya ingin memohon maaf kepada semua pelawat yang sudi melayari blog saya ini. Kerana sudah lama saya tidak memuatkan cerita baru. Kesibukan tugas hakiki telah membataskan saya untuk mengemaskini dalam blog saya ini. Namun pada 28 Nov 2010 yang lepas saya telah meluangkan masa untuk merakamkan gambar pengantin Noorul dan pasangannya Saiful di Kg Parit Singgahan, Seri Medan, Batu Pahat Johor.
Selasa, 12 Oktober 2010
MAJLIS PERTUNANGAN NOORUL
Saya telah berkesempatan untuk merakamkan detik-detik manis majlis pertunangan noorul nazirah di Seri Medan Batu Pahat Johor. Disini saya paparkan 3 keping gambar yang telah saya abadikan dalam memori.
Cahaya memainkan peranan penting dalam merakamkan gambar supaya gambar akan lebih nampak asli.
Keadaan persekitaran akan mempengaruhi, ini dapat dilihat dengan gambar dibawah ini cahaya dari dinding telah mempengaruhi warna baju.
Selasa, 25 Mei 2010
KEMERIAHAN SAMBUTAN RAJA SEHARI
Tanggal 10 Mei 2009 saya telah berpeluang untuk merakamkan gambar kenangan pasangan pengantin Kamarulzaman dan isterinya di Kanpung Parit Singgahan, Seri Medan, Batu Pahat Johor. Walaupun sudah lebih setahun saya rakamkan gambar tersebut tetapi sebagai kenangan saya abadikan gambar tersebut dalam blog saya ini.
Jumaat, 26 Mac 2010
27 Feb 2010
Langgan:
Catatan (Atom)