Isnin, 9 Mei 2011

TRIP KE PORT DICKSON PADA 29 APR HINGGA 1 MEI 2011













Pada tarikh di atas pihak kami telah diberikan kepercayaan untuk merakamkan detik-detik bermakna kepada pasangan Mohd Nazreen bin Md Yusof dan Zuraini bte Daud. Selama 3 hari telah berkampung di Port Dickson dengan rakan-rakan iaitu Aris (Wak Aris) dan Hermy.



Terima kasih tidak terhingga kepada kedua mempelai kerana sudi melayan kerenah kami sepanjang menjayakan program ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dilain masa.

Isnin, 28 Mac 2011

Asas Fotografi.......

Terlebih dahulu saya ucapkan salam kepada semua yang melayari blog ini. Buat masa ini ramai dikalangan pengemar seni fotografi tanpa mengira bangsa dan keturunan, tua ataupun muda. Rata-rata buat masa ni sudah ramai memiliki kamera tidak kiralah sama ada kamera hp, kompak atau pun DSLR.

Pada mulanya saya ada memiliki kamera (lupa jenis) tapi masih menggunakan filem lagi. Kemudian kamera kompak jenis Grand Vision dan terkini DSLR Nikon D 90. Sebelum saya memiliki D 90 saya pernah menggunakan kamera canon EOS 500 N, Nikon D 80.

Berbalik kepada asas fotografi yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Pada pendapat saya itu perlu. Seperti juga untuk memandu kita kena tahu asasnya dahulu, macam mana untuk menggunakan gear, lampu isyarat dan sebagainya. Begitu juga dengan fotografi. Sebab itu masa kini banyak sekali pusat-pusat pembelajaran ilmu fotografi tumbuh macam cendawan yang memberikan harga istimewa untuk menarik seberapa pelajar.


Perkara yang asas dalam fotografi adalah data teknik kamera. Kita mesti tahu apa itu ISO atau ASA, Shutter, App dan lain-lain lagi yang terdapat pada setiap kamera. Kerana dengan setiap pembelian kamera kita ada dibekalkan dengan buku penggunaan manual. Bacalah buku itu untuk kita memahami dan cara-cara penggunaan setiap kamera kita.


Tapi hanya dengan membaca masih tidak cukup. Umpama kita belajar dengan buku tanpa guru. Seelok-eloknya dapatlah kita hadirkan diri untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi Digital. Kreatif juga penting dalam kita menterjemahkan gambar apa yang kita ambil. Jangan sampai orang bertanya apa yang nak disampaikan kita tidak tahu. Sekeping gambar dapat mengambarkan bermacam-macam maksud dan perasaan. Perasaan sedih, suka, duka dan seribu satu perasaan. Sama ada maksud dari seorang jurufoto atau pun maksud yang tersurat dan tersirat subjek yang kita rakamkan itu.