Assalamualaikum...lama tidak post cerita. Nak cerita pengalaman sedikit semasa baru mendirikan rumahtangga pada 1994. Awal mula pertama mula dengan gaji RM 440.00 dan menetap di bumi Kelantan sebelum berpindah kes Sabah pada penghujung 1995 (bulan Nov 95).
Di Kelantan saya duduk di kuarters kerajaan dan hendak pergi kerja hanya berjalan kaki sahaja. Mujurlah kuarters ke tempat kerja tidak jauh. Selang beberapa bulan dapatlah pinjam basikal untuk ketempat kerja. Berkayuhlah sehingga bulan Nov 1995.
Pada suatu ketika semasa dibumi Kelantan dan sambutan Hari Raya korban hampir menjelma, berharap gaji masuk awal. Pinjam motor sekerja dan terus menuju ke Pekan Ketereh untuk mengambil gaji. Sampai sahaja di bank, hampa kerana gaji yang diharapkan tiada. Ambil keputusan patah balik. Dalam hati berkata "Esok dah hari raya, mcm mana ni" seluk kocek seluar hanya ada beberapa RM sahaja. Dalam perjalanan balik singgah kedai dan beli satu tin sardin tin kecil. Itulah juadah untuk hari raya korban pada tahun 1994 saya dengan isteri.
Nov 1995 pijak bumi Sabah, kejutan juga sebab cuaca yang berbeza. Jam ditangan baru menunjukkan jam 0600 ptg tapi suasana dah gelap. Alhamdulillah lama kelamaan dapat menyesuaikan diri.
Seperti di Kelantan juga, semasa di Sabah duduk di kuarters kerajaan. Tapi kali ini duduk di tingkat 4. Setiap hari turun naik tangga kerana bangunan setinggi 4 tingkat memang tiada kemudahan lift. Di Sabah saya telah mempunyai seorang cahaya mata yg lahir di Hospital Batu Pahat pada Mac 1995. Setelah beberapa tahun dibumi Sabah dapat beli motor jenama Honda C 90. Motor "secand hand" beli dgn incas satu opis. Dan selang beberapa tahun mampu beli kereta jenama Mazda (ST 4414) (juga secand hand). Pada satu ketika wiper kereta tanggal semasa hujan lebat.
Dua tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur saya jual Mazda dan bermula era baru. Pada ketika itu baru mampu beli kereta baru. Kancil 660 (SAA 4327 C). Di bumi Sabah saya dikurniakan 2 org cahaya mata yg kod IC 12. Alhamdulillah gaji semakin bertambah seiringan dgn bertambahnya cahaya mata.
April 2004 saya sekeluarga meninggalkan bumi Sabah setelah hampir 10 tahun menabur bakti di sana. Destinasi seterusnya tempat berkhidmat adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berpengkalan di Sungai Besi dan bermulalah era untuk menempuh kehidupan sebagai wargakota.
Alhamdulillah rezeki semakin bertambah. Ketika itu kereta kancil terasa sempit kerana anak-anak semakin membesar. Rezeki bertambah dan kancil ditukar dgn proton saga (lebih glamer dgn panggilan kereta kebal). Anak-anak semakin bertambah usia dan demi keselesaan keluarga bila balik kg, Saga ditukarkan dgn Exora. Kini setelah bersara dari perkhidmatan setelah 22 tahun (1991 - 2013) dan telah memiliki rumah sendiri. Itu semua rezeki dari Allah. Sekian jika ada masa akan saya coretkan pengalaman selama 22 tahun dlm perkhidmatan ATM.
Noraz Photo dan Pereka Grafik
SATU DIMENSI ANAK SENI - SERI MEDAN BATU PAHAT JOHOR. Blog yang memaparkan seni foto dan juga menyediakan perkhidmatan mengambil gambar untuk majlis perkahwinan, pertunangan, cukur jambul dan lain-lain lagi yang bermakna untuk setiap insan di muka bumi ini. Kami juga menyediakan perkhidmatan "Pereka Grafik" untuk pelbagai antaranya "Bisnes Kad", Flayer, Banner, Bunting dan sebagainya.
Isnin, 24 Jun 2019
Rabu, 5 Disember 2012
TRIP KE FELDA KERATONG 6 DAN 7 PAHANG
Pada 17 dan 24 Nov 2012, Norazphoto telah mendapat penugasan merakamkan gambar mempelai di Felda Keratong 6 dan 7. Saya dan Adam Aris telah bergerak dari Sungai Besi ke Felda Keratong pada jam 8 pagi melalui Lebuhraya LEKAS menuju ke Kuala Pilah dan seterusnya ke melalui pekan Bahau. Tepat jam 12.00 tengahari saya sampai di Felda Keratong 6.
Majlis pernikahan telah disempurnakan selepas solat Asar di Masjid Felda Keratong 6. Selepas selesai majlis saya dan Adam Aris bermalam di Bandar Tun Razak. Waktu malam di Bandar Tun Razak memang meriah. Kalau nak tahu meriahnya bermalamlah disana.
PROMOSI PAKEJ GAMBAR PENGANTIN
Alhamdullilah kerana diberi kesempatan untuk mengemaskini blog saya. Pertama-tama kali saya memohon jutaan maaf kepada semua kerana lambat memberikan maklumat terkini.
Pakej yang saya paparkan ini akan berakhir pada Feb 2013. Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Terima kasih
Isnin, 16 Januari 2012
PENUGASAN DI BATU PAHAT JOHOR
Pada 16 hingga 18 Dis 2011 saya telah menerima penugasan untuk merakamkan detik-detik manis pasangan Firdaus dan Azrinah di Batu Pahat Johor. Bermula dengan majlis akad nikah pada 16 Dis 2011 jam 0900 malam bertempat di rumah pengantin perempuan di hadapan Taman Tasik Batu Pahat (dahulu lebih dikenali sebagai tasik merdeka)
Seterusnya majlis bertandang pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan pada 17 Dis 2011. Majlis yang cukup meriah dengan kehadiran sanak saudara dan tetamu jemputan. Pada keesokan hari pula majlis di rumah pengantin lelaki dan jemputan yang hadir hampir seramai 5000 orang dan antara tetamu kehormat yang hadir adalah Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat YB Dato' Mohd Fuad Zarkashi.
Isnin, 9 Mei 2011
TRIP KE PORT DICKSON PADA 29 APR HINGGA 1 MEI 2011
Pada tarikh di atas pihak kami telah diberikan kepercayaan untuk merakamkan detik-detik bermakna kepada pasangan Mohd Nazreen bin Md Yusof dan Zuraini bte Daud. Selama 3 hari telah berkampung di Port Dickson dengan rakan-rakan iaitu Aris (Wak Aris) dan Hermy.
Terima kasih tidak terhingga kepada kedua mempelai kerana sudi melayan kerenah kami sepanjang menjayakan program ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dilain masa.
Isnin, 28 Mac 2011
Asas Fotografi.......
Terlebih dahulu saya ucapkan salam kepada semua yang melayari blog ini. Buat masa ini ramai dikalangan pengemar seni fotografi tanpa mengira bangsa dan keturunan, tua ataupun muda. Rata-rata buat masa ni sudah ramai memiliki kamera tidak kiralah sama ada kamera hp, kompak atau pun DSLR.
Pada mulanya saya ada memiliki kamera (lupa jenis) tapi masih menggunakan filem lagi. Kemudian kamera kompak jenis Grand Vision dan terkini DSLR Nikon D 90. Sebelum saya memiliki D 90 saya pernah menggunakan kamera canon EOS 500 N, Nikon D 80.
Berbalik kepada asas fotografi yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Pada pendapat saya itu perlu. Seperti juga untuk memandu kita kena tahu asasnya dahulu, macam mana untuk menggunakan gear, lampu isyarat dan sebagainya. Begitu juga dengan fotografi. Sebab itu masa kini banyak sekali pusat-pusat pembelajaran ilmu fotografi tumbuh macam cendawan yang memberikan harga istimewa untuk menarik seberapa pelajar.
Perkara yang asas dalam fotografi adalah data teknik kamera. Kita mesti tahu apa itu ISO atau ASA, Shutter, App dan lain-lain lagi yang terdapat pada setiap kamera. Kerana dengan setiap pembelian kamera kita ada dibekalkan dengan buku penggunaan manual. Bacalah buku itu untuk kita memahami dan cara-cara penggunaan setiap kamera kita.
Tapi hanya dengan membaca masih tidak cukup. Umpama kita belajar dengan buku tanpa guru. Seelok-eloknya dapatlah kita hadirkan diri untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi Digital. Kreatif juga penting dalam kita menterjemahkan gambar apa yang kita ambil. Jangan sampai orang bertanya apa yang nak disampaikan kita tidak tahu. Sekeping gambar dapat mengambarkan bermacam-macam maksud dan perasaan. Perasaan sedih, suka, duka dan seribu satu perasaan. Sama ada maksud dari seorang jurufoto atau pun maksud yang tersurat dan tersirat subjek yang kita rakamkan itu.
Ahad, 26 Disember 2010
CONTOH ALBUM PENGANTIN
Di atas ini telah saya sediakan beberapa contoh album yang telah saya hasilkan untuk tatapan para pelanggan semua. Diharap dengan beberapa contoh album ini dapatlah setiap pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat saya dalam merakamkan detik-detik manis dapat gambaran bentuk album yang akan saya berikan.
Langgan:
Catatan (Atom)