Isnin, 24 Jun 2019

REZEKI SETELAH BERKELUARGA

Assalamualaikum...lama tidak post cerita.  Nak cerita pengalaman sedikit semasa baru mendirikan rumahtangga pada 1994. Awal mula pertama mula dengan gaji RM 440.00 dan menetap di bumi Kelantan sebelum berpindah kes Sabah pada penghujung 1995 (bulan Nov 95).

Di Kelantan saya duduk di kuarters kerajaan dan hendak pergi kerja hanya berjalan kaki sahaja. Mujurlah kuarters ke tempat kerja tidak jauh. Selang beberapa bulan dapatlah pinjam basikal untuk ketempat kerja. Berkayuhlah sehingga bulan Nov 1995.

Pada suatu ketika semasa dibumi Kelantan dan sambutan Hari Raya korban hampir menjelma, berharap gaji masuk awal. Pinjam motor sekerja dan terus menuju ke Pekan Ketereh untuk mengambil gaji. Sampai sahaja di bank, hampa kerana gaji yang diharapkan tiada. Ambil keputusan patah balik. Dalam hati berkata "Esok dah hari raya, mcm mana ni" seluk kocek seluar hanya ada beberapa RM sahaja. Dalam perjalanan balik singgah kedai dan beli satu tin sardin tin kecil. Itulah juadah untuk hari raya korban pada tahun 1994 saya dengan isteri.

Nov 1995 pijak bumi Sabah, kejutan juga sebab cuaca yang berbeza. Jam ditangan baru menunjukkan jam 0600 ptg tapi suasana dah gelap. Alhamdulillah lama kelamaan  dapat menyesuaikan diri.

Seperti di Kelantan juga, semasa di Sabah duduk di kuarters kerajaan. Tapi kali ini duduk di tingkat 4. Setiap hari turun naik tangga kerana bangunan setinggi 4 tingkat memang tiada kemudahan lift. Di Sabah saya telah mempunyai seorang cahaya mata yg lahir di Hospital Batu Pahat pada Mac 1995. Setelah beberapa tahun dibumi Sabah dapat beli motor jenama Honda C 90. Motor "secand hand" beli dgn incas satu opis. Dan selang beberapa tahun mampu beli kereta jenama Mazda (ST 4414) (juga secand hand). Pada satu ketika wiper kereta tanggal semasa hujan lebat.

Dua tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur saya jual Mazda dan bermula era baru. Pada ketika itu baru mampu beli kereta baru. Kancil 660 (SAA 4327 C). Di bumi Sabah saya dikurniakan 2 org cahaya mata yg kod IC 12. Alhamdulillah gaji semakin bertambah seiringan dgn bertambahnya cahaya mata.

April 2004 saya sekeluarga meninggalkan bumi Sabah setelah hampir 10 tahun menabur bakti di sana. Destinasi seterusnya tempat berkhidmat adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berpengkalan di Sungai Besi dan bermulalah era untuk menempuh kehidupan sebagai wargakota.

Alhamdulillah rezeki semakin bertambah. Ketika itu kereta kancil terasa sempit kerana anak-anak semakin membesar. Rezeki bertambah dan kancil ditukar dgn proton saga (lebih glamer dgn panggilan kereta kebal). Anak-anak semakin bertambah usia dan demi keselesaan keluarga bila balik kg, Saga ditukarkan dgn Exora. Kini setelah bersara dari perkhidmatan setelah 22 tahun (1991 - 2013) dan telah memiliki rumah sendiri. Itu semua rezeki dari Allah. Sekian jika ada masa akan saya coretkan pengalaman selama 22 tahun dlm perkhidmatan ATM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan